Image result for syed mohammad hamzah al junid

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.


Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana atas rahmat dan berkat dariNya, kita telah bersama-sama mengharungi perjalanan jatuh bangun alumni UMP.

Kini, alumni UMP sudah semakin besar dan semakin dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Kewujudannya semakin dirasai oleh warga UMP. Penubuhan PERSATUAN ALUMNI GRADUAN UMP (Alumni UMP) pada hari ini juga begitu agresif dan proaktif dalam memainkan peranannya dan menganjurkan aktiviti bagi memenuhi visi dan misi. Saya cukup bersyukur kerana alumni dan pihak pentadbiran UMP sentiasa memberikan sokongan padu kepada Ahli Majlis Tertinggi Alumni UMP dalam mengelola dan memacu hala tuju persatuan hingga ke tahap ini. Ini jelas menunjukkan sense of belonging yang tinggi dalam kalangan alumni disamping kekuatan ikatan ukhuwah antara semua alumni.

Kejayaan para alumni dalam dalam pelbagai aspek di dalam bidang industri, akademik mahupun perniagaan amat membanggakan. Saya ingin menyeru dan mengalu-alukan para alumni untuk berkongsi kepakaran mereka sama ada secara professional atau sokongan peribadi kepada Alma Mater. Kami di Alumni UMP juga mengalu-alukan semua graduan baru ke dalam keluarga Alumni UMP kerana kami percaya mereka adalah masa depan Alumni UMP. Dengan setiap ahli baru dalam Alumni UMP, rangkaian keluarga Alumni UMP akan bercambah dan menjadi bertambah kuat dan kukuh.

Saya percaya dengan komitmen dan kerjasama daripada semua alumni, Alumni UMP akan terus mengorak langkah, maju ke depan seiring evolusi kemajuan UMP. Semoga Alumni UMP dapat terus memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan generasi baru UMP dan masyarakat pada masa akan datang.



SYED MOHAMAD HAMZAH AL-JUNID SYED ABDUL RAHMAN
PRESIDEN
PERSATUAN ALUMNI GRADUAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2018/2020